Mesyuarat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg Chengal

16 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Mesyuarat Kawasan Rukun Tetangga kali pertama ini bagi melantik jawatankuasa di KRT Kg Chengal, pemilihan dan pelantikan AJK Rukun Tetangga bagi tahun 2019 hingga 2021 dan membincangkan aktiviti yang bakal diadakan.

Selain itu, KRT ini berada di bawah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri). Oleh itu, KRT Kg Chengal ini ditubuhkan dan aktif dibawah pimpinan pengerusi baru iaitu Tuan Muhd Nor Aswadi Bin Md. Nor. Turut dihadiri oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kota Bharu sebagai pemerhati dan penasihat.

Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.

Skim ini diwujudkan di bawah Peraturan - Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) dalam Ordinan Darurat 1969. Penubuhan awal Skim Rukun Tetangga adalah untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai sektor berikutan kejadian-kejadian yang menggugat perpaduan nasional pada ketika itu.

Berikut merupakan keputusan pelantikan AJK baru KRT Kampung Chengal 2019 - 2021;

(Majlis Tertinggi)
1. Pengerusi: Tuan Muhd Nor Aswadi Hj Md Nor
2. Timb. Pengerusi: Haji Ramy Jusoh
3. Setiausaha: Ustaz Adli Bin Hj Ali
4. Penolong Setiausaha: Encik Mohd Ilham Ruslay (PIM Kg Chengal)
5. Bendahari: Arifin (But)
6. Jiran Warga Mas: Zulkiflie Yahaya
7. Jiran Wanita: Rohana Ayub
8. Jiran Muda: Encik Hazwan
9. Tunas Jiran: Zukenaini Ab Rahman
Selebihnya, dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa KRT Kg Chengal.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas